Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 H / 2012 M



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H / 2012 kepada semua warga Tuaran khususnya seluruh penduduk Kg. Saman, Tuaran. Semoga cahaya Syawal kali ini membuka lembaran baru untuk setiap daripada kita memulakan hari-hari yang kita masih bernafas selepas menempuh bulan yang penuh dengan ujian dan rahmat.. Ramadhan Al-Mubarak.. Kita kadang-kadang gusar bila mana seakan setiap hari perpaduan dan keharmonian yang kita pelihara selama ini sering saja digugat dan digoncang dari luar dan dalam diri kita sendiri. Semoga apa yang kita lalui , semoga apa yang kita pilih selama ini adalah yang terbaik untuk kita.. jalan inilah yang akan membawa kita untuk sampai kepada keredhaan illahi. Pentingnya perpaduan sehingga Rasulullah SAW menyeru agar setiap dari kita taat kepada pemimpin sekalipun yang memimpin itu hanya seorang hamba. Renung dan tenunglah apa sebenarnya yang tersirat melainkan perpaduan ummah perlu jadi nombor satu dalam menjamin dan membentuk Islam yang unggul.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".

Akhir Sekali,

Dalam gurau ada terkata,
Dalam bicara terkasar bahasa,
Dalam tindakan terguris rasa,
Dalam hidup tidak lepas dari dosa,
Dalam janji mungkir terpaksa,
Ampun dan maaf segera dipinta,
Semoga terhapus segala dosa,
Agar persaudaraan kekal selamanya


Ada kala telinga silap mendengar,
Mata silap memandang,
Fikiran khilaf mentafsir,
Hati silap menduga, dan
Lidah terlanjur berkata,
Maaf atas segala kesalahan.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN =)) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan