PERLEMBAGAAN KAMPUNG


PERLEMBAGAAN KAMPUNG
PADA 25 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI BERTEMPAT DI RUMAH PENGERUSI JKKK KG. SAMAN

FASAL 1.0 : NAMA, PIHAK YANG TERLIBAT DAN TUJUAN

1.1       Perlembagaan atau undang-undang ini dinamakan PERLEMBAGAAN KAMPUNG SAMAN.

1.2       Semua penduduk yang menetap dan bermastautin di KAMPUNG SAMAN TUARAN.

1.3       Organisasi-organisasi kampung yang terlibat dalam perlembagaan ini adalah : ORGANISASI KETUA KAMPUNG (KK) KAMPUNG SAMAN TUARAN, JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG SAMAN TUARAN , GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) KAMPUNG SAMAN , KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JEMBULANG SAMAN , PERSATUAN BELIA SINAR SAMAN (BESS) , PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA) CAWANGAN KAMPUNG SAMAN TUARAN SERTA MANA-MANA PERTUBUHAN ATAU PERSATUAN YANG DITUBUHKAN SEBELUM ATAU SELEPAS PERLEMBAGAAN INI DITETAPKAN.

1.4       Tujuan perlembagaan ini diwujudkan adalah BAGI MEWUJUDKAN KESEJAHTERAAN DALAM KAMPUNG DAN MEMASTIKAN MASYARAKAT SENTIASA DALAM KEADAAN YANG HARMONI DAN SELAMAT.

FASAL  2.0 : PROFIL KAMPUNG DAN PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG (PTPK)

2.1       JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG SAMAN TUARAN perlu menyediakan BUKU PROFIL KAMPUNG DAN PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG (PTPK) SEKURANG-KURANGNYA DUA (2) TAHUN SEKALI sebagai rujukan dan panduan mentadbir.

FASAL 3.0 : PENGURUSAN TANAH

3.1       Mana-mana permohonan hakmilik tanah oleh mana-mana individu atau kumpulan individu dalam KAWASAN TANAH RIZAB PERKAMPUNGAN KAMPUNG SAMAN TUARAN SEBELUM JUN 2006 ADALAH TERBATAL DENGAN SERTA MERTA.

3.2       Segala urusan berkaitan tanah dalam kawasan KAMPUNG SAMAN TUARAN mesti dipersetujui oleh penduduk dalam MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG SAMAN TUARAN terlebih dahulu, sebelum sebarang tindakan dibuat.

FASAL 4.0 : MAJLIS KERAMAIAN

4.1       Sebarang kegiatan judi secara terbuka dan yang sama erti dengannya adalah DILARANG SAMA SEKALI di majlis-majlis keramaian dalam kawasan KAMPUNG SAMAN TUARAN.

4.2       Sekiranya terdapat kegiatan judi atau yang sama erti dengannya dalam majlis-majlis keramaian dalam kawasan KAMPUNG SAMAN TUARANJAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG SAMAN atau MANA-MANA PENDUDUK KAMPUNG berhak melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya diambil kepada penganjur atau tuan rumah.

4.3       Segala jenis hiburan seperti acara nyanyian dan tari-menari dalam majlis keramaian DIHADKAN SEHINGGA JAM DUA BELAS (12) TENGAH MALAM atau seperti yang dipersetujui oleh sama ada Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK.

4.4       Sekiranya ada penduduk kampung, Kampung Saman Tuaran yang meninggal dunia, sebarang acara hiburan seperti acara nyanyian dan tari-menari atau yang sama erti dengannya adalah DILARANG SAMA SEKALI DALAM KAWASAN KEDUA-DUA KAMPUNG SELAMA SEPULUH (10) HARI BERMULA DARI TARIKH ARWAH DIKEBUMIKAN, WALAUPUN MENDAPAT IZIN DARIPADA KELUARGA ARWAH.

FASAL 5.0 : PENTADBIRAN

5.1       JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG SAMAN merupakan organisasi tertinggi dalam pentadbiran kampung manakala MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KG. SAMAN merupakan pembuat keputusan paling utama di dalam soal-soal pembangunan kampung.

5.4       Ketua Kampung Saman Tuaran bertanggungjawab dalam soal-soal hukum, agama dan adat dalam kawasan Kampung Saman, Tuaran.

5.6       Organisasi lain yang wujud di dalam Kampung Saman, Tuaran, adalah tertakluk sepenuhnya kepada nasihat Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.

FASAL 6.0 : AHLI JAWATANKUASA BADAN SURAU KAMPUNG JEMBULANG

6.1       Kampung Saman berhak melantik wakil kampung dalam Jawatankuasa Badan Surau Kg. Jembulang selama Surau Kg. Jembulang menjadi tempat ibadat utama bagi penduduk Kg. Saman.

6.2       Ahli Jawatankuasa yang dilantik mewakili Kampung Saman, Tuaran dalam Badan Surau Kampung Jembulang, Tuaran perlu dipersetujui oleh Ketua Kampung Kg. Saman dan Pengerusi JKKK Kg. Saman, Tuaran, Sabah.

FASAL 7.0 : PADANG KAMPUNG SAMAN TUARAN

7.1       Padang Kampung Saman Tuaran adalah di bawah tanggungjawab PERSATUAN BELIA SINAR SAMAN dengan nasihat Pengerusi JKKK Kg. Saman.

7.2       Semua penduduk KAMPUNG SAMAN TUARAN berhak menggunakan Padang Kampung Saman Tuaran sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti riadah harian.

7.3       Mana-mana individu atau kumpulan individu dari luar yang berhasrat untuk menggunakan Padang Kampung Saman, perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Saman.

7.3       PERSATUAN BELIA SINAR SAMAN berhak untuk tidak membenarkan mana-mana individu atau kumpulan individu tertentu menggunakan Padang Kampung Saman setelah mendapat persetujuan daripada Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK Kampung Saman Tuaran.

7.4       Segala aktiviti fizikal yang berlangsung di Padang Kampung Saman adalah dilarang sama sekali semasa dan selepas azan maghrib berkumandang.

FASAL 8.0 : TANAH PERKUBURAN KAMPUNG SAMAN

8.1       Tanah Perkuburan Kampung Saman Tuaran adalah di bawah pengurusan JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG SAMAN.

8.2       Segala aktiviti pengebumian mayat yang datang dari luar kawasan Mukim Berungis/Pantai hendaklah          mendapat persetujuan daripada Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.

FASAL 9.0 : ORANG LUAR

9.1       JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi kawasan masing-masing sekiranya terdapat mana-mana laporan yang berkenaan dengan pendatang tanpa izin dalam kawasan kampung.

9.2       Memberi sewa rumah atau premis perniagaan kepada orang luar adalah dilarang sama sekali dalam kawasan Kampung Saman Tuaran, kecuali dimaklumkan dan mendapat persetujuan daripada Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.

FASAL 10.0 : PERKARA-PERKARA LAIN

10.1      Perkara-perkara lain yang tidak terkandung dalam perlembagaan ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Saman.