ANALISIS PTPTK 2009-2010


ANALISIS PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG 2009-2010

Pelan Tindakan Pembangunan Kampung (PTPK) 2009-2010 merupakan PTPK pertama yang dibentuk oleh JKKK Kg. Saman dalam usaha memperkasakan Kampung Saman dalam setiap aspek pengurusan masyarakat. Sebagai rujukan untuk membentuk PTPK 2011-2013, satu analisis khas dibuat untuk menilai sejauhmana PTPK 2009-2010 dapat dilaksanakan sepenuhnya, dan adakah setiap langkah yang dicadangkan dapat menyelesaikan masalah atau masih ada yang perlu diperbaiki dan ditambah.

Analisis ringkas ini adalah dikhususkan kepada masalah-masalah utama kampung yang diperincikan dalam PTPK 2009-2010 yang dipecahkan kepada beberapa bahagian antaranya : pentadbiran, sosial, agama, keselamatan, kesihatan dan kebersihan, ekonomi serta pendidikan.

ASPEK PENTADBIRAN

Masalah :
a) Tiada pusat gerakan JKKK / Bangunan Pentadbiran.
b) Sikap sambil lewa jabatan-jabatan tertentu.

Tindakan/Cadangan :
a) Menggesa pihak tertentu mempertimbangkan permohonan sebuah pusat gerakan JKKK.
b) Bertindak aggresif dengan mengemukakan permohonan kepada kementerian tertentu.

Analisis Ringkas :
a) Permohonan sebuah bangunan Pusat Gerakan JKKK telah dikemukakan JKKK kepada KEMAS bertarikh 09 OKTOBER 2009 [RUJ : JKKK/KS/SL/ 001 – 009 (14). Malah pihak JKKK telah mengambil alternatif lain dengan memohon bangunan kemudahan lain seperti surau dan Sekolah Tabika KEMAS , yang juga boleh digunakan dengan fungsi alternatif sebagai Pusat Gerakan JKKK.
b) Belum ada sebarang permohonan yang dikemukakan terus kepada Kementerian.
*Dicadangkan semula dalam PTPK 2011-2013
ASPEK SOSIAL

Masalah :
a) Mabuk, dadah dan berjudi.
b) Penduduk kurang sikap berdaya saing.

Tindakan/Cadangan :
a) Menggesa pihak polis membuat pemantauan.
b) Memberi penerangan dari semasa ke semasa tentang perkembangan dunia masa kini untuk membuka mata penduduk agar lebih berdaya saing.

Analisis Ringkas :
a) Mesyuarat JKKK Ke-4 (2010) telah memutuskan untuk melarang anak-anak remaja keluar lepak dan berfoya-foya selepas jam 12 malam. Kerjasama dengan PDRM melalui surat bertarikh 06 September 2010 [Ruj : JKKK/KS/SB (25)] yang memohon kepada PDRM untuk menempatkan pasukan peronda untuk meronda kawasan kampung sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu.
b) Menggunakan kemudahan perkhidmatan media massa terkini seperti blogger, facebook dan twitter untuk menguar-uarkan kepada penduduk berkenaan apa saja dasar kerajaan untuk tujuan pembangunan kampung. Dan sejak tahun 2009, Kampung Saman sudah mempunyai web-blog rasmi sendiri : www.kampungsaman.blogspot.com

ASPEK AGAMA

Masalah :
a) Tiada Masjid/Surau sebagai medium kerohanian penduduk.
Tindakan/Cadangan :
a) Membuat permohonan dari pihak yang berkenaan.

Analisis Ringkas :
a) Permohonan telah dibuat kepada pihak JHEAINS melalui surat bertarikh 09 OKTOBER 2009 [RUJ :JKKK/KS/SL/001-009 (16)] makluman terakhir daripada pegawai JHEAINS Tuaran : ”permohonan telah sampai ke JHEAINS Negeri”.

ASPEK KESELAMATAN

Masalah :
a) Kenderaan atau orang luar bebas keluar masuk kampung, keadaan lebih membimbangkan pada waktu malam.

Tindakan/Cadangan :
a) Meminta penjelasan dari SESB berkenaan kelulusan ”10 buah lampu jalan kampung”.
b) Menggesa pihak polis membuat pemantauan.

Analisis Ringkas :
a) Pihak SESB telah memaklumkan berkenaan kelulusan 10 buah lampu jalan kampung di Kg. Saman : RMK9 melalui surat bilangan : UESB/SESB-LJK2009/TRN-001. Pihak JKKK mengesahkan penerimaan projek tersebut melalui surat bertarikh 11 OGOS 2009 [RUJ: UESB/SESB-LJK2009/TRN-001]. Sebanyak dua (2) kali surat aduan berkenaan masalah lampu yang tidak menyala dikemukakan selepas itu dan mendapat perhatian daripada pihak SESB.
b) Mohon pasukan peronda diletakkan dalam kawasan Kg. Saman seperti dalam surat kepada Ketua Polis Daerah bertarikh 06 September 2010 [Ruj : JKKK/KS/SB (25)].

ASPEK KESIHATAN & KEBERSIHAN

Masalah :
a) Masalah pembiakan nyamuk dari projek parit yang tidak sempurna.
b) Pencemaran alam sekitar.

Cadangan/Tindakan :
a) Meminta penjelasan dari pihak pemaju berkenaan pembinaan parit.
b) Memohon tempat khas pelupusan bahan buangan.

Analisis Ringkas :
a) Pihak JKKK hanya menunggu maklum-balas daripada Pejabat Daerah dan pihak pemaju berkenaan masalah pembinaan parit yang tidak sempurna yang sudah dimaklumkan sebelum ini, sehinggalah dalam Mesyuarat JKKK Ke-5 (2010) pada 24 OKTOBER 2010, masalah ini dibangkitkan lagi oleh penduduk kerana ianya mula mengancam kebersihan dan keselamatan penduduk dengan pengaliran air kumbahan yang bertakung. Justeru, JKKK akan bertindak meredakan keadaan dengan memohon peruntukan membaikpulih parit tersebut dalam masa terdekat seterusnya peruntukan untuk membina tempat khas bahan sisa pepejal (konkrit).

ASPEK EKONOMI

Masalah :
a) Kurang tanah pertanian.
b) Tiada sokongan dari pihak tertentu untuk kegiatan ekonomi yang bukan pertanian seperti koperasi kampung.

Tindakan/Cadangan :
a) Mencadangkan agar industri pembuatan ditititk-beratkan oleh pihak tertentu dalam menjana ekonomi kampung.
b) Hanya kegiatan pertanian atau penternakan yang efektif sahaja dipertimbangkan untuk dilaksanakan.

Analisis Ringkas :
a) Pihak JKKK masih mengenalpasti potensi ekonomi yang boleh dirangsang di Kg. Saman dengan penglibatan penduduk keseluruhan.
*Akan diperincikan PTPK 2011-2013

ASPEK PENDIDIKAN

Masalah :
a) Masih ada golongan pelajar sekolah rendah yang tidak boleh membaca.
b) Pencapaian anak-anak kampung sekadar memuaskan.

Tindakan/Cadangan :
a) Perkasakan institusi sekolah yang berkenaan agar lebih berkualiti dan tidak dipandang remeh oleh masyarakat.
b) Menganjurkan program pendidikan tertentu untuk anak-anak kampung.

Analisis Ringkas :
a) Program Kecemerlangan UPSR 2010 JKKK Kg. Saman diadakan sebagai langkah awal dalam usaha meletakkan pendidikan sebagai agenda utama penduduk.
*sila rujuk Laporan Program Kecemerlangan UPSR 2010

PENUTUP

Setiap masalah dan tindakan dalam analisis ini adalah merujuk kepada PTPK 2009-2010 yang juga dibentuk hasil rujukan daripada mesyuarat-mesyuarat JKKK sepanjang tahun. Melalui analisis ringkas ini akan dicadangkan PTPK 2011-2013 yang pastinya akan menjadi lebih mantap dengan mengambilkira perkara berkaitan dalam Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar yang baru dilancarkan. Bagi memastikan JKKK sentiasa relevan untuk pembangunan kampung, buku Garis Panduan Tatacara Kerja Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung yang baru akan menjadi panduan pihak JKKK agar setiap pelaksanaan pembangunan tidak tersasar daripada masyarakat.

ISU PARIT TIMBUL LAGI

Dalam mesyuarat JKKK baru-baru ini, sekali lagi masalah berkenaan projek parit yang tidak sempurna disuarakan oleh penduduk. Kali ini berkenaan pergeseran antara penduduk yang mendapat kesan negatif secara langsung daripada pelaksanaan projek yang belum sempurna sepenuhnya.

Ada baiknya kalau kita bermula dari awal pelaksanaan projek parit ini yang sememangnya awal2 lagi ditolak oleh Pengerusi JKKK.

Penerimaan Projek Parit

Pejabat Daerah memaklumkan projek parit berjumlah RM51K telah diletakkan di Kampung Saman, dengan syarikat kontraktor yang dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Daerah ialah Syarikat Pemborong Sri Bunga. Pada awalnya, pengerusi JKKK enggan menerima projek tersebut kerana merasakan ada yang lebih baik daripada projek tersebut yang begitu tinggi nilainya. Pengerusi mencadangkan agar projek tersebut ditukar kepada projek lain yang lebih bermanafaat seperti pembinaan surau atau dewan yang sememangnya telah berkali2 dipohon oleh JKKK Kg. Saman dan tidak langsung mendapat perhatian dari pihak berwajib sebelum ini. Malangnya cadangan itu ditolak oleh Pejabat Daerah dan memberi pilihan kepada JKKK Kg. Saman untuk menerima projek tersebut atau projek tersebut diletakkan di kampung lain. JKKK Kg. Saman memutuskan untuk menerima projek tersebut dengan syarat pembinaan parit tersebut sempurna tanpa menyulitkan penduduk, juga memandangkan sistem perparitan penduduk terutamanya berkenaan dengan perlupusan najis, tidak begitu sempurna sepertimana yang digambarkan dalam Buku Profil Kampung Saman 2008. Maka bermulalah pelaksanaan projek paling mahal di Kampung Saman selepas itu.

Kecelaruan Projek 51 K : Masalah Dan Punca

Pelaksanaan pada awalnya berjalan dengan baik, sebelum beberapa masalah timbul satu persatu, antaranya :
1. Air kumbahan tidak dapat disalurkan terus ke sungai kerana spesifikasi parit yang tidak sesuai.
2. Parit tidak siap sepenuhnya kerana tidak mendapat kerjasama daripada penduduk yang pada awalnya telah bersetuju dalam mesyuarat JKKK.
3. Air bertakung, maka timbul pula masalah pembiakan nyamuk yang dikhuatiri akan menjadi punca kepada penyakit2 berbahaya.
4. Dengan pembinaan parit yang tidak sempurna ditambah pula dengan keengganan penduduk membina "main hole" terlebih dahulu sebelum menyalurkan air kumbahan, menyebabkan masalah kebersihan pula yang timbul, dengan najis berapungan di depan rumah penduduk yang terlibat.
5. Penduduk yang berhadapan dengan masalah tersebut, mengambil inisiatif dengan menimbus parit yang dibina tersebut untuk tidak lagi melihat najis2 yang berapungan di depan rumah.
6. Maka timbul pula pergeseran antara penduduk kerana tindakan menimbus parit tersebut menyebabkan hanya sebelah saluran sahaja yang akan menerima air yang melimpah-limpah sehingga menimbulkan masalah lain untuk penduduk yang lain.

Punca Masalah Yang Dikenalpasti

#Syarikat Kontraktor : Pemborong Sri Bunga
1. Lebar parit yang tidak menepati spesifikasi asal.
2. Kedalaman parit yang juga tidak menepati spesifikasi asal.
3. Meninggalkan projek dengan serta merta tanpa ada perbincangan dengan pihak JKKK terlebih dahulu.

#Penduduk Yang Berkenaan
1. Ingkar pada keputusan mesyuarat sebelum itu yang memutuskan supaya "main hole" dibuat terlebih dahulu sebelum menyalurkan kumbahan najis terus ke parit yang dibina.
2. Terdapat penduduk yang tidak memberi kerjasama kepada JKKK.

#Pejabat Daerah Tuaran
1. Mengambil keputusan untuk "lepas tangan" tanpa tindakan susulan berkenaan laporan2 daripada JKKK.
2. Lebih gemar mendiamkan masalah rakyat.

Maka, selepas isu parit ini ditimbulkan lagi dalam mesyuarat JKKK Ke-5 (2010) baru2 ini, pihak JKKK memutuskan untuk meredakan kecelaruan dan pergeseran, permohonan penambahbaikan parit akan dibuat dalam masa terdekat kepada pihak berwajib, semata-mata untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan kampung. Terpulanglah kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya selepas ini.