Kawasan Rukun Tetangga (RT) Sinar Saman merupakan nama baru bagi Kawasan Rukun Tetangga (RT) Jembulang Saman yang telah dicadangkan untuk dibahagikan kepada dua (2) kawasan utama mengikut kampung, iaitu Kampung Saman & Kampung Jembulang. Dan sehingga pada Mesyuarat KRT Siri 11 pada 29hb. Julai 2012, Pengerusi menangguhkan segala aktiviti dan program KRT setelah menandatangani surat pembatalan Kawasan Rukun Tetangga (RT) Jembulang Saman di hadapan Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, bagi membolehkan permohonan pembahagian kawasan KRT dibuat dan diproses oleh pihak jabatan.
# Kawasan Rukun Tetangga (RT) Sinar Saman akan aktif setelah permohonan diluluskan oleh pihak jabatan.
SEJARAH PENUBUHAN
23 FEBRUARI 2003 :
MESYUARAT PENAJA DAN TAKLIMAT PENUBUHAN KRT JEMBULANG
MENGKABONG, DAERAH TUARAN [1]
Permohonan pertama penubuhan KRT dibuat oleh Pengerusi JKKK
Kg. Jembulang, Encik Lanin Bin Gambi kepada Penolong Pegawai Perpaduan Daerah
Tuaran, Encik Dusin bin Gingging dengan nama KRT JEMBULANG MENGKABONG.
11 MEI 2005 :
PERMOHONAN KALI KEDUA KRT JEMBULANG MENGKABONG (Lanjutan
Permohonan Pertama)
Permohonan kali kedua dibuat oleh Encik Lanin bin Gambi
kepada Encik Dusin bin Gingging melalui surat tanpa nombor rujukan &
bertarikh 11 MEI 2005
12 JUN 2005 :
MESYUARAT PENAJA DAN TAKLIMAT PENUBUHAN KRT JEMBULANG,
PENSURUN SAMAN, [JPS] DAERAH TUARAN [2]
Permohonan kali ketiga ini adalah menggunakan nama KRT
JEMBULANG PENSURUN SAMAN atas persetujuan mesyuarat penaja.
20 JANUARI 2007 :
MESYUARAT PENAJA DAN TAKLIMAT PENUBUHAN KRT JEMBULANG SAMAN
[3]
Permohonan kali keempat dibuat oleh Encik Mazlan bin Norinah
selaku wakil penduduk, menggunakan borang JPNIN (RT) 1/98 yang bertarikh 20
JANUARI 2007, melalui Puan Dzuzillah binti Kalon, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah
Tuaran.
13 JUN 2007 :
PERMOHONAN PENUBUHAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JEMBULANG
SAMAN DILULUSKAN DAN DITETAPKAN SEBAGAI SATU KAWASAN RUKUN TETANGGA PADA 13 JUN
2007 DI BAWAH AKTA DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 1979, PERATURAN-PERATURAN PERLU
(RUKUN TETANGGA) 1975.
29 JULAI 2012 :
MESYUARAT KALI KRT SIRI 11 - PENGERUSI MENANGGUHKAN SEGALA AKTIVITI DAN PROGRAM KRT JEMBULANG SAMAN MEMANDANGKAN PERUNTUKAN GERAN TIDAK DISALURKAN LAGI BERIKUTAN PERMOHONAN PEMBAHAGIAN KAWASAN KRT JUEMBULANG SAMAN KEPADA DUA (2) KAWASAN MENGIKUT KAMPUNG IAITU KAMPUNG SAMAN & KAMPUNG JEMBULANG.