Persatuan Belia Sinar Saman (BESS)


Persatuan Belia Sinar Saman pertama kali diwujudkan pada Februari 2009 dan permohonan dibuat dan telah dihantar kepada Kementerian Belia & Sukan Malaysia melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Permohonan terpaksa dibatalkan kerana ketika itu, akta baru berkenaan pertubuhan belia sedang dikemaskini dan hanya mula dikuatkuasakan pada Oktober 2010, menyebabkan semua permohonan yang belum diluluskan sebelum Oktober 2010, dibatalkan.

Makluman daripada pegawai di kementerian, permohonan sebelum ini dikembalikan ke Pejabat Belia Dan Sukan, Pasir Putih, Putatan, KK, dan perlu dibuat semula.

Sehingga pada 16 Mac 2012, melalui Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah, Persatuan Belia Sinar Saman diwujudkan secara rasminya dengan Mesyuarat Penubuhan dibuat bersama-sama Pegawai di Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah, di Padang Kampung Saman, dengan 27 orang belia & beliawanis yang hadir.

Pada 17hb April 2012, Persatuan Belia Sinar Saman memohon untuk didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan dan akhirnya pada 24hb April 2012, secara rasminya Persatuan Belia Sinar Saman didaftarkan di bawah AKTA PERTUBUHAN 1966 & PERATURAN PERTUBUHAN 1984.