Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Saman telah ditubuhkan dan diperkenankan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Hajiji Bin Hj. Noor, Wakil Rakyat N10 Sulaman pada tahun 1997. KK Jamlah Bin Hj. Matullah, Ketua Cawangan UMNO Kg. Saman pada masa itu dipilih sebagai Pengerusi JKKK Kg. Saman yang pertama.

Setelah hampir sepuluh (10) tahun selepas itu, Encik Mazlan Bin Norinah selaku Setiausaha JKKK Kg. Saman, pada tahun 2006 mencadangkan dan memohon kepada Yang Berhormat Datuk Hj. Hajiji Bin Hj. Noor sekali lagi agar jawatan Ketua Kampung diwujudkan di Kg. Saman pada ketika itu, dan hasilnya pada 13hb. Mac 2006, Kampung Saman diiktiraf sebagai sebuah kampung. KK Jamlah Bin Hj. Matullah pada masa itu dipilih sebagai Ketua Kampung Kg. Saman yang pertama dan memangku jawatan Pengerusi JKKK pada masa yang sama. Sehinggalah pada 1hb. Mei 2007, Encik Mazlan Bin Norinah dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kg. Saman yang baru sehingga kini.