PTPK 2011-2013

TINDAKAN UNTUK MENCAPAI MISI

Bil
Misi
Tindakan
1
Menjadikan Kerohanian Sebagai Fokus Utama Untuk Membentuk Penduduk
-     Memastikan program atau aktiviti agama yang dirancang dilaksanakan sebaik mungkin tanpa sebarang halangan.
-     Menggesa pihak berkenaan untuk sama-sama menyokong dan bekerjasama untuk kepentingan penduduk.
2
Membentuk Masyarakat Yang Bersatu-Padu Dan Bekerjasama
-     Merancang lebih banyak program kemasyarakatan yang melibatkan setiap lapisan penduduk
3
Merencana Pembangunan Mampan Sebaik Mungkin, Sejajar Dengan Keperluan Dan Kepentingan Penduduk

-     Suara penduduk diambilkira sebelum sesuatu permohonan sebarang projek kerajaan dibuat.
-     Memastikan pihak pemaju memberi taklimat ringkas berkenaan sesuatu projek yang melibatkan Kampung Saman dalam satu mesyuarat JKKK sebelum dilaksanakan.
-     Meminta pemaju menyediakan laporan untuk mana-mana projek yang telah siap sepenuhnya.
4
Menitikberatkan Pendidikan Dalam Membentuk Penduduk Yang Progresif Dan Produktif
-     Merencana program-program khas tahunan untuk anak-anak penduduk yang mengambil peperiksaan besar seperti UPSR, PMR & SPM.
-     Sentiasa peka dengan pencapaian anak-anak penduduk di sekolah dan membuat rumusan untuk tindakan pihak berkenaan.

TINDAKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF

Bil
Misi
Tindakan
1

Merangka Setiap Pembangunan Dalam Satu Jangka Masa Yang Dirasakan Sesuai Bagi Mewujudkan Pembangunan Yang Terancang Sebagai Asas Tindakan Yang Lebih Sistematik.
-       Membentuk Pelan Tindakan Kampung Saman yang menggariskan hala tuju pembangunan meliputi aspek sosial, ekonomi dan fizikal, dalam satu jangka masa yang ditetapkan.
2

Menggerakkan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Yang dilantik Untuk Rancangan Pembangunan Yang Lebih Strategik Dan Menyeluruh.
-       Merombak semula Jawatankuasa Kecil sedia ada.
-       Memastikan Jawatankuasa Kecil sentiasa berfungsi sebagai sokongan kepada JKKK.
3

Memastikan Setiap Projek Pembangunan Yang Bakal Dilaksanakan Memenuhi Keperluan Dan Kepentingan Penduduk Keseluruhannya
-       Penduduk dimaklumkan berkenaan sebarang projek yang diluluskan oleh kerajaan dalam kawasan kampung.
-       Mengadakan mesyuarat khas untuk mendengar suara penduduk.
4

Memastikan Setiap Pembangunan Yang Dilaksanakan Mencapai Matlamat Yang Diharapkan
-       Memastikan pihak yang terlibat mengemukakan laporan penuh berkenaan projek yang telah siap sepenuhnya.

PENGANALISAAN DAN PENENTUAN MASALAH KAMPUNG

Aspek
Masalah
Punca Masalah
Pentadbiran
a)    Tiada pusat Gerakan JKKK.
b)    Sikap sambil lewa jabatan-jabatan tertentu.
a)    Sesetengah jabatan bertindak kurang progresif untuk memutuskan sesuatu perkara.
b)    Tindakan kurang jelas.
Sosial
a)    Mabuk, dadah dan berjudi.
b)    Tiada sikap berdaya saing.
a)    Sikap ambil mudah ibubapa
b)    Pengaruh rakan sebaya (remaja luar).
Agama
a)    Tiada Masjid/Surau sebagai medium kerohanian penduduk.
a)    JHEAINS dan jabatan lain yang berkenaan kurang peka dengan keadaan sebenar Kampung Saman.
Keselamatan
a)    Kenderaan atau orang luar bebas keluar masuk kampung, keadaan lebih membimbangkan pada waktu malam.
a)    Kurang lampu jalan kampung.
b)    RELA masih belum berfungsi sepenuhnya.
Kesihatan & Kebersihan
a)    Masalah pembiakan nyamuk dari projek parit yang tidak sempurna.
b)    Pencemaran alam sekitar.
a)    Pembinaan parit yang kurang baik menyebabkan air bertakung dan tidak bergerak.
b)    Tiada tempat pembuangan sampah.
Ekonomi
a)    Kurang tanah pertanian.
b)    Tiada sokongan untuk kegiatan ekonomi yang bukan pertanian seperti koperasi kampung.
a)    Pertanian bukan kegiatan ekonomi utama penduduk.
b)    Sikap fanatik dengan ekonomi pertanian
Pendidikan
a)    Masih ada golongan pelajar sekolah rendah yang tidak boleh membaca.
b)    Pencapaian anak-anak kampung sekadar memuaskan.
a)    Tiada TABIKA yang sempurna untuk pendidikan awal kanak-kanak.
b)    Masalah pengurusan sekolah.

TINDAKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

Aspek
Masalah
Tindakan
Pentadbiran
a)  Tiada pusat gerakan JKKK / Bangunan Pentadbiran.
b)  Sikap sambil lewa jabatan-jabatan tertentu.
-       Menggesa pihak tertentu mempertimbangkan permohonan sebuah pusat gerakan JKKK.
-       Menjadikan GDW & KRT sebagai alternatif.
Sosial
a)  Mabuk, dadah dan berjudi.
b)  Penduduk kurang sikap berdaya saing.
-       Menggesa pihak polis membuat pemantauan.
-       Memberi penerangan dari semasa ke semasa tentang perkembangan dunia masa kini untuk membuka mata penduduk agar lebih berdaya saing.
Agama
a)  Tiada Masjid/Surau sebagai medium kerohanian penduduk.
-       Membuat permohonan dari pihak yang berkenaan.
Keselamatan
a)  Kenderaan atau orang luar bebas keluar masuk kampung, keadaan lebih membimbangkan pada waktu malam.
-       Mengaktifkan Skim Rondaan Sukarela (SRS).
-       Menggesa pihak polis membuat pemantauan.
Kesihatan & Kebersihan
a)  Masalah pembiakan nyamuk dari projek parit yang tidak sempurna.
b)  Pencemaran alam sekitar.
-       Meminta penjelasan dari pihak pemaju berkenaan pembinaan parit.
-       Memohon tempat khas pelupusan bahan buangan.
Ekonomi
a)  Kurang tanah pertanian.
b)  Tiada sokongan dari pihak tertentu untuk kegiatan ekonomi yang bukan pertanian seperti koperasi kampung.
-       Mencadangkan agar industri pembuatan ditititk-beratkan oleh pihak tertentu dalam menjana ekonomi kampung.
-       Hanya kegiatan pertanian atau penternakan yang efektif sahaja dipertimbangkan untuk dilaksanakan.
Pendidikan
a)  Masih ada golongan pelajar sekolah rendah yang tidak boleh membaca.
b)  Pencapaian anak-anak kampung sekadar memuaskan.
-       Perkasakan institusi sekolah yang berkenaan agar lebih berkualiti dan tidak dipandang remeh oleh masyarakat.
-       Menganjurkan program pendidikan tertentu untuk anak-anak kampung.