Jumaat, 24 Ogos 2012

Program Santai Aidilfitri 2012 Sukses!!



Program ringkas yang tampak ringkas tapi padat dengan aktiviti, Program Santai Aidilfitri 2012 yang diadakan pada 21hb Ogos 2012 (Selasa) iaitu Hari Raya Ketiga 1433 H, berjaya menghimpunkan sekitar 200 orang penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur bersama-sama dalam acara sukaneka yang dipertandingkan.


Program yang bermula sekitar jam 8.00 pagi itu, membuka tirai dengan aktiviti senamrobik yang turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa Biro Wanita JKKK Kg. Saman serta golongan belia.
Acara sukaneka dengan pelbagai kategori dipertandingkan selepas itu dengan acara-acara seperti Makan Buah Epal, Lumba Lari Dengan Bata, Tiup Belon, Masukkan Benang Dalam Jarum dan macam-macam lagi.

Pada sebelah petang, acara berkumpulan menarik perhatian dengan Pertandingan Bola Tampar dan acara Sukan Rakyat “SONGKINGAN” diadakan.

Di akhir program KK. Jamlah bin Hj. Matullah (Ketua Kampung) dan Encik Mazlan Bin Norinah (Pengerusi JKKK) masing-masing menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan