Jumaat, 24 Ogos 2012

Program Santai Aidilfitri 2012 Sukses!!



Program ringkas yang tampak ringkas tapi padat dengan aktiviti, Program Santai Aidilfitri 2012 yang diadakan pada 21hb Ogos 2012 (Selasa) iaitu Hari Raya Ketiga 1433 H, berjaya menghimpunkan sekitar 200 orang penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur bersama-sama dalam acara sukaneka yang dipertandingkan.


Program yang bermula sekitar jam 8.00 pagi itu, membuka tirai dengan aktiviti senamrobik yang turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa Biro Wanita JKKK Kg. Saman serta golongan belia.
Acara sukaneka dengan pelbagai kategori dipertandingkan selepas itu dengan acara-acara seperti Makan Buah Epal, Lumba Lari Dengan Bata, Tiup Belon, Masukkan Benang Dalam Jarum dan macam-macam lagi.

Pada sebelah petang, acara berkumpulan menarik perhatian dengan Pertandingan Bola Tampar dan acara Sukan Rakyat “SONGKINGAN” diadakan.

Di akhir program KK. Jamlah bin Hj. Matullah (Ketua Kampung) dan Encik Mazlan Bin Norinah (Pengerusi JKKK) masing-masing menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 H / 2012 M



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 H / 2012 kepada semua warga Tuaran khususnya seluruh penduduk Kg. Saman, Tuaran. Semoga cahaya Syawal kali ini membuka lembaran baru untuk setiap daripada kita memulakan hari-hari yang kita masih bernafas selepas menempuh bulan yang penuh dengan ujian dan rahmat.. Ramadhan Al-Mubarak.. Kita kadang-kadang gusar bila mana seakan setiap hari perpaduan dan keharmonian yang kita pelihara selama ini sering saja digugat dan digoncang dari luar dan dalam diri kita sendiri. Semoga apa yang kita lalui , semoga apa yang kita pilih selama ini adalah yang terbaik untuk kita.. jalan inilah yang akan membawa kita untuk sampai kepada keredhaan illahi. Pentingnya perpaduan sehingga Rasulullah SAW menyeru agar setiap dari kita taat kepada pemimpin sekalipun yang memimpin itu hanya seorang hamba. Renung dan tenunglah apa sebenarnya yang tersirat melainkan perpaduan ummah perlu jadi nombor satu dalam menjamin dan membentuk Islam yang unggul.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkata : Telah manasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan kami menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya Rasullullah ! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : Aku berwasiat akan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisiahan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al- Rasyidin Al Mahyidin (Khalifah-khalifah yang mengetahu kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah pekara-pekara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".

Akhir Sekali,

Dalam gurau ada terkata,
Dalam bicara terkasar bahasa,
Dalam tindakan terguris rasa,
Dalam hidup tidak lepas dari dosa,
Dalam janji mungkir terpaksa,
Ampun dan maaf segera dipinta,
Semoga terhapus segala dosa,
Agar persaudaraan kekal selamanya


Ada kala telinga silap mendengar,
Mata silap memandang,
Fikiran khilaf mentafsir,
Hati silap menduga, dan
Lidah terlanjur berkata,
Maaf atas segala kesalahan.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN =)) 

Jumaat, 17 Ogos 2012

Program Aidilfitri 2012

Program Aidilfitri 2012 Kg. Saman Tuaran, akan dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk Kampung Saman, Tuaran, yang menggabungkan semua organisasi utama di Kampung Saman yang diterajui oleh Persatuan Belia Sinar Saman (BESS) dan Kelab Sukan Dan Kebudayaan Kampung Saman.

Antara aktiviti yang diadakan sempena Program Aidilfitri 2012 yang dicadangkan pada 21.08.2012 (Selasa), bertempat di Padang Kampung Saman, adalah seperti berikut :

a. Pertandingan Lampu Pelita Aidilfitri 2012
b. Pertandingan Lampu Warna Aidilfitri 2012 (Colour Light)
c. Sukaneka Aidilfitri 2012
d. Dedikasi Ucapan Raya 2012
e. Karaoke Santai Lagu-Lagu Raya 2012

Semua penduduk dijemput hadir.

Khamis, 9 Ogos 2012

Mesyuarat Persatuan Belia Sinar Saman Kali Ke-2

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Belia Sinar Saman Kali Ke 2 akan diadakan pada 11hb. Ogos 2012 (SABTU), jam 9.00 malam bertempat di Rumah Setiausaha Persatuan. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


a. Ucapan Presiden Persatuan
b. Laporan Setiausaha
c. Laporan Bendahari
d. Rancangan Program & Aktiviti 2012 - 2013       
e. Majlis Pelancaran Persatuan Belia Sinar Saman
f.  Hal-hal berbangkit
g  Hal-hal lain

Rabu, 1 Ogos 2012

Pertandingan Bola Sepak Bawah 16 Tahun & Bawah 12 Tahun

Pertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah Bawah 16 tahun & Bawah 12 Tahun akan dianjurkan oleh Persatuan Belia Sinar Saman, Kg. Saman, pada musim cuti sekolah hujung tahun 2012. Penyertaan pertandingan adalah terbuka dengan format pertandingan KNOCK-OUT digunapakai. Di samping itu, pertandingan Bola Sepak Tujuh (7) Sebelah, Empat (4) Penjuru pula akan diadakan, dan dijangka akan disertai oleh persatuan-persatuan belia di Tuaran, antaranya Persatuan Belia Kg. Giling, Persatuan Belia Gudang dan Angkatan Belia Lokub (ABEL). 

Penangguhan Aktiviti Dan Program RT Jembulang Saman

Kawasan Rukun Tetangga (RT) Jembulang Saman secara rasminya dihentikan sebarang aktiviti di dalamnya selepas Mesyuarat KRT Siri 11 yang lalu. Pengerusi menangguhkan segala aktiviti dan program sementara menunggu kelulusan permohonan pembahagian kawasan RT Jembulang Saman kepada dua (2) kawasan Rukun Tetangga (RT) yang utama iaitu Kawasan Rukun Tetangga (RT) Sinar Saman dan Kawasan Rukun Tetangga (RT) Kg. Jembulang.