Selasa, 12 Mac 2013

KRT Sinar Saman diluluskan.

Adalah dimaklumkan bahawa Kawasan Rukun Tetangga (RT) Sinar Saman, Kg. Saman, Tuaran, Sabah sudah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Negara (JPNIN), pada 13 Januari 2013. Berita baik ini pastinya akan disambut baik oleh seluruh masyarakat Kg. Saman selepas keputusan jawatankuasa KRT Jembulang Saman (KRT Gabungan Kg. Saman & Kg. Jembulang), Tuaran beberapa bulan lalu, bersetuju membahagikan kawasan rukun tetangga kepada dua (2) kawasan utama mengikut kampung iaitu KRT Sinar Saman (Kg. Saman) dan KRT Kg. Jembulang (Kg. Jembulang).

Sehubungan dengan itu, pada 16hb Mac 2013 (Sabtu), satu mesyuarat khas akan dipanggil dan akan dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Encik J. Dusin Ginging untuk menerangkan kepada semua ahli jawatankuasa KRT Jembulang Saman berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal pembahagian kawasan KRT.

Semoga KRT Sinar Saman akan menganjak Kg. Saman, Tuaran kepada satu dimensi masyarakat yang baru dengan wawasan dan wajah baru secara menyeluruh. 

Ahad, 24 Februari 2013

PSV Team Juara Bola Sepak Belia Edisi 3

Kejohanan Bola Sepak Belia Edisi Ke-3, 2012/13 yang berakhir pada 17 Februari 2013 yang lalu menyaksikan pasukan PSV Team daripada Kg. Mempalam, Tuaran menjadi Juara apabila berjaya menewaskan pasukan Susuk FC (Kg. Jembulang) dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir. 

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM 500.00, piala pusingan, piala johan, pingat serta sijil. Naib juara kejohanan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM 200.00, piala naib juara, pingat serta sijil. Pasukan Susuk FC dipilih sebagai pasukan terbaik manakala pemain PSV Team , saudara Ijan dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Persatuan Belia Sinar Saman (BESS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dua puluh (20) buah pasukan bertanding untuk kategori dewasa dan enam (6) pasukan untuk kategori bawah 17 tahun sepanjang kejohanan berlangsung selama hampir tiga (3) bulan. 

Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan :

Kategori Dewasa
Juara : PSV Team
Naib Juara : Susuk FC

Kategori Bawah 17 Tahun
Juara : WestCoast United
Naib Juara : Pemuda UMNO Terayong

Senarai pasukan yang menjadi juara sepanjang Tiga (3) edisi Kejohanan Bola Sepak Belia anjuran Persatuan Belia Sinar Saman (BESS) :

2010/11 - Berungis A
2011/12 - Saka Green FC
2012/13 - PSV Team

Sabtu, 12 Januari 2013

Minggu Terakhir Perlawanan Peringkat Kumpulan

Kejohanan Bola Sepak Belia Edisi Ketiga 2012/13 kian hampir ke kemuncaknya apabila pada minggu ini sebelas (11) lagi perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung. Selepas tiga (3) minggu kejohanan berlangsung, satu-satunya pasukan yang layak ke pusingan akhir pada 10.02.2013 nanti, ialah P.S TEAM. Dua (2) lagi pasukan yang terpaksa bersaing sesama sendiri dalam kumpulan C adalah pasukan Melalin FC dan Gudang FC yang akan bertembung di minggu terakhir untuk menentukan pasukan mana yang akan mengiringi P.S TEAM ke pusingan seterusnya. Berikut merupakan jadual perlawanan untuk minggu ini : 

Sesi Pagi
Jam 8.30 : Westcoast United LWN Gabungan Gerinsing
Jam 9.00 : Gudang FC K LWN Melalin FC
Jam 9.30 : Sinar Saman A LWN Jembulang FC
Jam 10.00 : Berungis AFC LWN Westcoast United
Jam 10.30 : Anak Masau FC LWN Surak FC
Jam 11.00 : Sinar Saman B LWN Gunung FC

Sesi Petang
Jam 3.00 : Millenium FC lwn P.S Team
Jam 3.30 : Gabungan Gerinsing lwn Sinar Saman B
Jam 4.00 : Anak Masau FC lwn Sinar Saman A
Jam 4.30 : PSV Team lwn Remaja Jeti FC
Jam 5.00 : Saka Green FC lwn Susuk FC

Kedudukan terkini pasukan dalam setiap kumpulan : Statistik Pasukan

Isnin, 31 Disember 2012

Laporan Kejohanan Bola Jaring BESS 2012

30 Disember 2012 - Buat julung kalinya pertandingan bola jaring diadakan di Kg. Saman Tuaran. Kejohanan Bola Jaring BESS 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Sinar Saman dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Tuaran (TUNETA) disertai oleh empat (4) pasukan yang mewakili kampung-kampung setempat iaitu ; BESS Expunge Boyyish, Sinar Saman NC, Serikandi Berungis dan Coki-Coki (Kg. Jembulang).

Piala Efaridun yang menjadi piala pusingan kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Serikandi Berungis yang memenangi kesemua perlawanan mereka meninggalkan pasukan tuan rumah BESS Expunge Boyyish di tempat kedua dan pasukan Coki-Coki di tempat ketiga.














Ahad, 16 Disember 2012

Laporan Kejohanan Bola Sepak Belia Edisi Ke-3 (Minggu 2)

Lapan (8) lagi perlawanan pada minggu kedua kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dengan ke semua enam belas (16) pasukan yang beraksi mampu menjaga disiplin masing-masing di atas padang tanpa ada sebarang perselisihan yang melampau.

Kumpulan A
Juara bertahan, Saka Green FC tersungkur di minit-minit akhir apabila tunduk 2-3 kepada pasukan PSV Team. Juara bertahan itu kini mengumpul hanya satu (1) mata selepas dua (2) perlawanan , dan ketinggalan dua (2) mata daripada pendahulu kumpulan C iaitu PSV Team dan Remaja Jeti FC yang dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Turut mengalami nasib yang hampir sama dengan Saka Green FC iaitu pasukan Berungis BMC yang juga Juara Edisi 1 kejohanan, apabila terlepas peluang untuk memiliki tiga (3) mata penuh, selepas terikat 1-1 dengan pasukan Susuk FC yang tewas pada perlawanan pertama minggu lalu.

Kumpulan B
Pasukan tuan rumah, Sinar Saman A, yang juga pendahulu kumpulan B, dipaksa berkongsi mata dengan pasukan Surak FC selepas seri 1-1. Perlawanan antara Berungis FC dan Jembulang FC yang paling menarik , sepakan penalti yang diperolehi Berungis FC gagal disempurnakan ketika mereka mendahului 1-0. menyemarakkan semangat Jembulang FC apabila berjaya menjaringkan dua (2) gol pada minit akhir untuk memenangi perlawanan. Sekaligus menjadikan perlawanan antara Berungis FC dengan Anak Masau FC minggu depan adalah perlawanan hidup mati pasukan Berungis FC.

Kumpulan C
Pendahulu kumpulan, PS. Team yang mengejutkan pasukan Gudang FC minggu lalu dengan kemenangan 2-0, kekal sebagai pendahulu walaupun diikat 1-1 oleh pasukan Melalin FC yang menang tanpa bertanding pada perlawanan pertama mereka minggu lalu. Perlawanan kedua dalam kumpulan C, antara Gudang FC dan Millenium FC yang ditangguhkan ke sebelah petang menyaksikan kebangkitan Gudang FC selepas kekalahan mengejut minggu lalu, apabila membelasah pasukan Millenium FC dengan jaringan 4-0.

Kumpulan D
Satu lagi pasukan tuan rumah, Sinar Saman B nyata terpaksa akur dengan kehebatan West Coast United apabila tewas dengan jaringan 1-2. West Coast United yang turun untuk perlawanan pertama mereka membuka tirai jaringan untuk mendahului 1-0, sebelum disamakan seminit selepas itu menjadikan kedudukan 1-1, sebelum jaringan kemenangan dihasilkan. Sinar Saman B mencipta banyak peluang tapi gagal menghasilkan gol penyamaan sehingga tamat masa perlawanan. Perlawanan antara Berungis AFC dan Gunung FC terikat tanpa jaringan, menjadikan kedudukan liga sekarang ini dipimpin oleh West Coast United .
Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan pada minggu kedua kejohanan : 

Keputusan Penuh Perlawanan Minggu Kedua 16.12.2012 (Ahad)

(Sesi Pagi) - mula jam 9.00 petang

Kumpulan C :
PS. Team 0-0 Melalin FC

Kumpulan D : 
West Coast United 2-1 Sinar Saman B
Berungis AFC 0-0 Gunung FC

(Sebelah Petang) - mula jam 3.00 petang

Kumpulan A :
P.S.V Team FC 3-2 Saka Green FC
Berungis BMC 1-1 Susuk FC

Kumpulan B
Surak FC 1-1 Sinar Saman A
Berungis FC 1-2 Jembulang FC

Kumpulan C
Millenium FC 0-4 Gudang FC



Kedudukan Terkini Mengikut Kumpulan


KUMPULAN A

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
P.S.V TEAM
1
1
0
0
3
2
1
3
2
REMAJA JETI FC
1
1
0
0
2
1
1
3
3
BERUNGIS BMC
2
0
2
0
2
2
0
2
4
SAKA GREEN FC
2
0
1
1
3
4
-1
1
5
SUSUK FC
2
0
1
1
2
3
-1
1

KUMPULAN B

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
SINAR SAMAN A
2
1
1
0
4
2
2
4
2
ANAK MASAU FC
1
1
0
0
3
1
2
3
3
JEMBULANG FC
2
1
0
1
3
4
-1
3
4
SURAK FC
1
0
1
0
1
1
0
1
5
BERUNGIS FC
2
0
0
2
2
5
-3
0

KUMPULAN C

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
P.S TEAM
2
1
1
0
2
0
2
4
2
MELALIN FC
2
1
1
0
0
0
0
4
3
GUDANG FC
2
1
0
1
4
2
2
3
4
GL. ONE FC
1
0
0
1
0
0
0
0
5
MILLENIUM FC
1
0
0
1
0
4
-4
0

KUMPULAN D

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
WESTCOAST UNITED
1
1
0
0
2
1
1
3
2
GUNUNG FC
2
0
2
0
1
1
0
2
3
BERUNGIS AFC
1
0
2
0
0
0
0
2
4
GABUNGAN GERINSING
1
0
1
0
1
1
0
1
5
SINAR SAMAN B
2
0
1
1
1
2
-1
1