Ahad, 16 Disember 2012

Laporan Kejohanan Bola Sepak Belia Edisi Ke-3 (Minggu 2)

Lapan (8) lagi perlawanan pada minggu kedua kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dengan ke semua enam belas (16) pasukan yang beraksi mampu menjaga disiplin masing-masing di atas padang tanpa ada sebarang perselisihan yang melampau.

Kumpulan A
Juara bertahan, Saka Green FC tersungkur di minit-minit akhir apabila tunduk 2-3 kepada pasukan PSV Team. Juara bertahan itu kini mengumpul hanya satu (1) mata selepas dua (2) perlawanan , dan ketinggalan dua (2) mata daripada pendahulu kumpulan C iaitu PSV Team dan Remaja Jeti FC yang dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Turut mengalami nasib yang hampir sama dengan Saka Green FC iaitu pasukan Berungis BMC yang juga Juara Edisi 1 kejohanan, apabila terlepas peluang untuk memiliki tiga (3) mata penuh, selepas terikat 1-1 dengan pasukan Susuk FC yang tewas pada perlawanan pertama minggu lalu.

Kumpulan B
Pasukan tuan rumah, Sinar Saman A, yang juga pendahulu kumpulan B, dipaksa berkongsi mata dengan pasukan Surak FC selepas seri 1-1. Perlawanan antara Berungis FC dan Jembulang FC yang paling menarik , sepakan penalti yang diperolehi Berungis FC gagal disempurnakan ketika mereka mendahului 1-0. menyemarakkan semangat Jembulang FC apabila berjaya menjaringkan dua (2) gol pada minit akhir untuk memenangi perlawanan. Sekaligus menjadikan perlawanan antara Berungis FC dengan Anak Masau FC minggu depan adalah perlawanan hidup mati pasukan Berungis FC.

Kumpulan C
Pendahulu kumpulan, PS. Team yang mengejutkan pasukan Gudang FC minggu lalu dengan kemenangan 2-0, kekal sebagai pendahulu walaupun diikat 1-1 oleh pasukan Melalin FC yang menang tanpa bertanding pada perlawanan pertama mereka minggu lalu. Perlawanan kedua dalam kumpulan C, antara Gudang FC dan Millenium FC yang ditangguhkan ke sebelah petang menyaksikan kebangkitan Gudang FC selepas kekalahan mengejut minggu lalu, apabila membelasah pasukan Millenium FC dengan jaringan 4-0.

Kumpulan D
Satu lagi pasukan tuan rumah, Sinar Saman B nyata terpaksa akur dengan kehebatan West Coast United apabila tewas dengan jaringan 1-2. West Coast United yang turun untuk perlawanan pertama mereka membuka tirai jaringan untuk mendahului 1-0, sebelum disamakan seminit selepas itu menjadikan kedudukan 1-1, sebelum jaringan kemenangan dihasilkan. Sinar Saman B mencipta banyak peluang tapi gagal menghasilkan gol penyamaan sehingga tamat masa perlawanan. Perlawanan antara Berungis AFC dan Gunung FC terikat tanpa jaringan, menjadikan kedudukan liga sekarang ini dipimpin oleh West Coast United .
Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan pada minggu kedua kejohanan : 

Keputusan Penuh Perlawanan Minggu Kedua 16.12.2012 (Ahad)

(Sesi Pagi) - mula jam 9.00 petang

Kumpulan C :
PS. Team 0-0 Melalin FC

Kumpulan D : 
West Coast United 2-1 Sinar Saman B
Berungis AFC 0-0 Gunung FC

(Sebelah Petang) - mula jam 3.00 petang

Kumpulan A :
P.S.V Team FC 3-2 Saka Green FC
Berungis BMC 1-1 Susuk FC

Kumpulan B
Surak FC 1-1 Sinar Saman A
Berungis FC 1-2 Jembulang FC

Kumpulan C
Millenium FC 0-4 Gudang FC



Kedudukan Terkini Mengikut Kumpulan


KUMPULAN A

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
P.S.V TEAM
1
1
0
0
3
2
1
3
2
REMAJA JETI FC
1
1
0
0
2
1
1
3
3
BERUNGIS BMC
2
0
2
0
2
2
0
2
4
SAKA GREEN FC
2
0
1
1
3
4
-1
1
5
SUSUK FC
2
0
1
1
2
3
-1
1

KUMPULAN B

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
SINAR SAMAN A
2
1
1
0
4
2
2
4
2
ANAK MASAU FC
1
1
0
0
3
1
2
3
3
JEMBULANG FC
2
1
0
1
3
4
-1
3
4
SURAK FC
1
0
1
0
1
1
0
1
5
BERUNGIS FC
2
0
0
2
2
5
-3
0

KUMPULAN C

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
P.S TEAM
2
1
1
0
2
0
2
4
2
MELALIN FC
2
1
1
0
0
0
0
4
3
GUDANG FC
2
1
0
1
4
2
2
3
4
GL. ONE FC
1
0
0
1
0
0
0
0
5
MILLENIUM FC
1
0
0
1
0
4
-4
0

KUMPULAN D

PASUKAN
P
M
S
K
J
B
J-B
MT
1
WESTCOAST UNITED
1
1
0
0
2
1
1
3
2
GUNUNG FC
2
0
2
0
1
1
0
2
3
BERUNGIS AFC
1
0
2
0
0
0
0
2
4
GABUNGAN GERINSING
1
0
1
0
1
1
0
1
5
SINAR SAMAN B
2
0
1
1
1
2
-1
1

1 ulasan: