Selasa, 12 Mac 2013

KRT Sinar Saman diluluskan.

Adalah dimaklumkan bahawa Kawasan Rukun Tetangga (RT) Sinar Saman, Kg. Saman, Tuaran, Sabah sudah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Negara (JPNIN), pada 13 Januari 2013. Berita baik ini pastinya akan disambut baik oleh seluruh masyarakat Kg. Saman selepas keputusan jawatankuasa KRT Jembulang Saman (KRT Gabungan Kg. Saman & Kg. Jembulang), Tuaran beberapa bulan lalu, bersetuju membahagikan kawasan rukun tetangga kepada dua (2) kawasan utama mengikut kampung iaitu KRT Sinar Saman (Kg. Saman) dan KRT Kg. Jembulang (Kg. Jembulang).

Sehubungan dengan itu, pada 16hb Mac 2013 (Sabtu), satu mesyuarat khas akan dipanggil dan akan dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Encik J. Dusin Ginging untuk menerangkan kepada semua ahli jawatankuasa KRT Jembulang Saman berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal pembahagian kawasan KRT.

Semoga KRT Sinar Saman akan menganjak Kg. Saman, Tuaran kepada satu dimensi masyarakat yang baru dengan wawasan dan wajah baru secara menyeluruh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan