Rabu, 5 Disember 2012

Laporan Mesyuarat JKKK Kg. Saman Siri 1 / 2012-2014

Pada 11 November 2012 (Ahad), Mesyuarat JKKK Kg. Saman kali pertama selepas menerima watikah perlantikan bagi sesi 2012-2014, yang disampaikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat N10 Sulaman, Encik Johari Bin Saiman dalam satu majlis ringkas pada 08 November 2012.

Dalam mesyuarat ini, Pengerusi memaklumkan beberapa perkara kepada semua AJK antaranya :

1. Surat Jemputan Sempena Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia Dan Seminar Transformasi Ekonomi Peringkat Daerah Tuaran 2012 , yang diadakan pada 24 November 2012 (Sabtu). (PDTRN : 100-44/7/(  )

2. Surat Arahan Untuk Mengadakan Gotong-ROyong Di Persekitaran Kampung Untuk Menghapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. (PDTRN : 100-44/17Klt.3)
* JKKK akan mengeluarkan surat kepada semua penduduk sementara tarikh dan jadual penuh gotong royong dikeluarkan oleh Biro Kebersihan Dan Kesihatan nanti.

3. Biro-biro yang dibentuk adalah : Biro Wanita Dan Kebajikan , Biro Belia Dan Sukan , Biro Akademik Dan Ekonomi, Bir Kebersihan Dan Kesihatan &  Biro Tugas-Tugas Khas.
* Setiausaha / Bendahari JKKK secara automatik akan menjadi setiausaha kepada semua biro yang dibentuk dan perlu melantik seorang penolong setiausaha untuk setiap biro tersebut.

4. Mesyuarat JKKK akan diadakan setiap minggu terakhir untuk setiap bulan bermula November 2012.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan