Sabtu, 27 Oktober 2012

Pertandingan Bola Jaring Sempena Aidil Adha 2012



Pada 16.10.2012, Persatuan Belia Sinar Saman menganjurkan Pertandingan Liga Bola Jaring Tertutup sempena sambutan Aidil Adha 2012 di Padang Kg. Saman, Tuaran. Empat (4) pasukan yang menyertai pertandingan ialah Puok Saman, Misayo, Trio Manja & Noi Team. Pertandingan yang diadakan secara liga satu pusingan itu berlangsung dengan jayanya walaupun pasukan-pasukan bertanding terpaksa meredah hujan yang turun pada sebelah petang pada hari tersebut. Seperti dijangka pasukan Puok Saman mengungguli carta liga mengatasi Misayo dan Trio Manja yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga kejohanan.

Encik Jamdin selaku Presiden Persatuan Belia Sinar Saman memberitahu dalam taklimat kepada setiap pasukan bahawa pertandingan ini merupakan pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan di Kg. Saman, dan menjadi pentas percubaan sebelum Kejohanan Bola Jaring Piala Efaridun 2012 yang dijangka akan berlangsung pada 08 & 09 Disember 2012 nanti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan