Rabu, 31 Oktober 2012

Pertandingan Badminton (Beregu) Tertutup Kg. Saman

28.10.2012 (Ahad) , Pertandingan Badminton (Beregu) Tertutup Kg. Saman 2012 sempena Aidil Adha 1433 H / 2012 telah diadakan di Gelanggang Serbaguna Kg. Saman, Tuaran. Acara yang ringkas tetapi mendapat perhatian daripada golongan belia di kampung ini merupakan acara yang julung-julung kali diadakan di Kg. Saman, dan pastinya akan dijadikan sebagai kayu ukur utama untuk penganjuran yang lebih baik pada masa akan datang.



Sabtu, 27 Oktober 2012

Majlis Korban Aidil Adha 1433 H




Pada 27 Oktober 2012, Majlis Korban Aidil Adha 1433 H diadakan di Kg. Saman, Tuaran sekitar jam 10 pagi dan daging-daging korban selesai diagih-agihkan kepada semua penduduk kampung sekitar jam 1.00 tengahari. Kepimpinan Kg. Saman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hj. Hajiji Bin Hj. Noor kerana sudi menyumbangkan seekor lembu sebagai binatang korban untuk diagih-agihkan di Kg. Saman pada tahun ini. Juga setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli BESS yang banyak membantu.

Pertandingan Badminton Tertutup Kg. Saman 2012

Sempena Aidil Adha 1433 H pada tahun ini, Persatuan Belia Sinar Saman (BESS) menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Kg. Saman 2012 pada 28 Oktober 2012 di Gelanggang Serbaguna Kg. Saman. Pertandingan diadakan secara beregu ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada sebelah petang hari yang sama. Semoga dengan penganjuran yang ringkas ini mampu memberi impak yang tinggi dalam usaha menyatupadukan penduduk kampung.

Pertandingan Bola Jaring Sempena Aidil Adha 2012



Pada 16.10.2012, Persatuan Belia Sinar Saman menganjurkan Pertandingan Liga Bola Jaring Tertutup sempena sambutan Aidil Adha 2012 di Padang Kg. Saman, Tuaran. Empat (4) pasukan yang menyertai pertandingan ialah Puok Saman, Misayo, Trio Manja & Noi Team. Pertandingan yang diadakan secara liga satu pusingan itu berlangsung dengan jayanya walaupun pasukan-pasukan bertanding terpaksa meredah hujan yang turun pada sebelah petang pada hari tersebut. Seperti dijangka pasukan Puok Saman mengungguli carta liga mengatasi Misayo dan Trio Manja yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga kejohanan.

Encik Jamdin selaku Presiden Persatuan Belia Sinar Saman memberitahu dalam taklimat kepada setiap pasukan bahawa pertandingan ini merupakan pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan di Kg. Saman, dan menjadi pentas percubaan sebelum Kejohanan Bola Jaring Piala Efaridun 2012 yang dijangka akan berlangsung pada 08 & 09 Disember 2012 nanti. 

Jumaat, 5 Oktober 2012

Ucapan Takziah

Kepimpinan Kg. Saman mengucapkan Takziah kepada Pn. Tibayan Binti Matnan (AJK KRT Jembulang Saman dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Torong Pendasan) dan keluarga, di atas pemergian suami tersayang pada 05 Oktober 2012 (Khamis) bersamaan 18 Zulkaedah 1433H. Semoga pemergian Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-Fatihah.


Selasa, 2 Oktober 2012

Ucapan Takziah

Mewakili seluruh badan kepimpinan kampung Kg. Saman mengucapkan takziah kepada saudara Nuzi Mohd Bin Sudin, Naib Presiden Persatuan Belia Sinar Saman, dan keluarga di atas pemergian bonda tercinta pada 01 Oktober 2012, (Isnin) bersamaan 15 Zulkaedah 1433H. Semoga pemergian Allahyarhammah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.