Rabu, 28 November 2012

Ucapan Takziah

Kepimpinan Kg. Saman mengucapkan Takziah kepada keluarga Tn. Hj. Maddeli Bin Madsuarin atas pemergian isteri tercinta pada 27 November 2012 (Selasa) bersamaan 13 Muharram 1434H. Semoga dengan pemergian Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL - Fatihah


Sabtu, 10 November 2012

Mesyuarat Jawatankuasa JKKK Siri 1 / 2012-2014

Jawatankuasa JKKK Kg. Saman menerima Watikah Perlantikan daripada Pemimpin Kemajuan Rakyat N10 Sulaman dalam satu (1) majlis ringkas di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Tuaran pada 08 November 2012 (Khamis). Perlantikan yang berkuatkuasa pada 01 Oktober 2012 sehingga 30 September 2014 itu memberikuasa kepada jawatankuasa JKKK yang dilantik sebelum ini untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam membangunkan kampung. Justeru , Mesyuarat Jawatankuasa JKKK Kg. Saman Siri 1 / 2012-2014 akan diadakan seperti butiran berikut : 

Tarikh : 11hb. November 2012
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Rumah Pengerusi JKKK Kg. Saman

Antara perkara yang mungkin akan disentuh dalam mesyuarat kali ini ialah :
- Permohonan Penubuhan Bangunan Surau Al-Kauthar, Kg. Saman, yang telah mendapat respon daripada Pengarah JHEAINS Kota Kinabalu.
- Permohonan Tabika KEMAS Kg. Saman, Tuaran.
- Keputusan dan Tindakan Pengerusi Daerah Mengundi Berungis yang berbeza dengan keputusan awal mesyuarat jawatankuasa. (Pengerusi JKKK Kg. Saman merupakan Setiausaha Daerah Mengundi Berungis)

Sekian, terima kasih.

Isnin, 5 November 2012

TERKINI : KEJOHANAN BOLA SEPAK BELIA 2012/2013

Adalah dimaklumkan bahawa sebelum ini borang penyertaan sengaja dihadkan oleh penganjur, walaubagaimanapun, atas permintaan, pihak penganjur berbesar hati untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan sehingga 11.11.2012, jam 4.00 petang iaitu sebelum cabutan undi diadakan. Terima kasih. Untuk makluman lanjut : Untuk mendapatkan borang penyertaan, sila berhubung terus dengan JAMDIN BIN NUBIN (017-8630254) & NUZI MOHD. SUDIN (014-6746856)....atau emel ke sinarsaman@gmail.com.

Pasukan setakat ini yang mengesahkan penyertaan :

KATEGORI A
1. SINAR SAMAN X
2. SINAR SAMAN Z
3. GUDANG FC
4. SUSUK FC
5. GUNUNG FC
6. REMAJA JETI
7. PS TEAM
8. BERUNGIS DEMBILAH
9. MELALIN

KATEGORI B
1. GUDANG JR
2. N30
3. REMAJA NONGKOLUD
4. PEMUDA UMNO TERAYUNG
5. BERUNGIS