Isnin, 24 September 2012

Mesyuarat Jawatankuasa BESS 27.09.2012

Mesyuarat Jawatankuasa BESS yang sepatutnya diadakan pada 22 Sept. 2012 yang lalu, ditangguhkan kepada tarikh 27 Sept. 2012 (Khamis), Jam 7.30 Malam di rumah Setiausaha Kehormat. Harap Maklum. 

Selepas Pusingan Pertama Pertandingan Bola Tampar

Pusingan Pertama Pertandingan Bola Tampar (Amatur) Kg. Saman berakhir kelmarin dengan dua perlawanan yang menyaksikan pasukan Bomblast FC mempertahankan rekod tanpa kalah mereka dengan mengalahkan pasukan Sian-Sian Jo bagi memastikan kedudukan tempat pertama dalam carta liga adalah milik mereka. Dalam pada itu, pasukan JKKK Force dengan mudah menjinakkan pasukan Red Warrior, untuk terus membuka peluang bagi mencabar kedudukan teratas liga. 



Pusingan kedua pertandingan akan bermula pada 07 Oktober 2012.

Ahad, 23 September 2012

Mesyuarat Jawatankuasa BESS Ke-3 ditangguhkan

Mesyuarat Jawatankuasa BESS yang sepatutnya diadakan pada hari ini ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Segala kesulitan adalah dikesali. Sekian, terima kasih.

Selasa, 18 September 2012

Mesyuarat Jawatankuasa BESS Kali Ke-3



Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Belia Sinar Saman (BESS) Kali Ke-3 akan diadakan pada 22hb. September 2012, jam 7.30 malam, di Rumah Setiausaha Kehormat BESS. Antara agenda mesyuarat kali ini ialah seperti berikut :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
2. Laporan Aktiviti & Program
3. Laporan Bendahari
4. Pertandingan Bola Tampar [Amatur]
5. Pertandingan Bola Jaring [Amatur] Terbuka
6. Pertandingan Liga Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah Dewasa [Edisi Ke-3] & Bawah 14 Tahun [Edisi Ke-2]
7. Hal-hal berbangkit.
8. Hal-hal lain.


LIGA BOLA TAMPAR : MINGGU PERTAMA (16 SEPTEMBER 2012)

Kejohanan Liga Bola Tampar (Amatur) Kg. Saman membuka tirai pada 16 September 2012 dengan perlawanan pembukaan menemukan antara dua pasukan finalis pada edisi yang pertama pada Aidilfitri yang lalu, iaitu Juara Bertahan, Bomblast FC dan Red Warrior FC. Bomblast FC sekali lagi berjaya mengenepikan cabaran Red Warrior FC dengan mencatatkan kemenangan 25 - 19 , 25 - 13. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan minggu pertama :


Selepas dua perlawanan, Bomblast FC mengungguli carta liga dengan 4 mata diikuti rapat oleh Sian-Sian Jo yang juga memenangi kedua-dua perlawanan pertama mereka. Sekaligus menjadikan pertembungan terakhir dalam pusingan pertama minggu hadapan antara kedua-dua pasukan ini dilihat menarik dan bakal mencuri tumpuan. Berikut kedudukan liga selepas dua perlawanan pusingan pertama :


Rabu, 12 September 2012

LIGA BOLA TAMPAR - SETIAP AHAD

Mesyuarat Penganjur Program Aidil Adha 2012 yang diadakan pada 10hb. September 2012 (Isnin) yang lalu, jam 8.00 malam di Rumah Ketua Kampung Kg. Saman, bersetuju sebulat suara dengan kertas cadangan program yang dibentang. Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena Aidil Adha 2012 ialah Sukan Rakyat / Sukaneka, Liga Bola Tampar (Tertutup) & Majlis Rumah Terbuka Kg. Saman 2012 sebagai acara kemuncak.


Liga Bola Tampar (Tertutup) akan bermula pada 16 September 2012 dan akan berterusan setiap hari ahad dan perlawanan akhir akan diadakan pada Hari Raya Aidil Adha 2012 nanti. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1100 malam.




Sabtu, 8 September 2012

Mesyuarat Program Aidil Adha 2012

Mesyuarat Penganjur Program Aidil Adha 2012 akan diadakan pada 10hb. September 2012, jam 7.30 malam, di rumah Ketua Kampung Kg. Saman. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat : Majlis Korban 2012 , Sukan Rakyat , Pertandingan Liga Bola Tampar & Bola Jaring serta beberapa perkara yang dirasakan perlu. Badan-badan penting dalam kampung seperti Persatuan Belia Sinar Saman (BESS) dan Kelab Sukan Dan Kebudayaan Kg. Saman bersama-sama Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK akan turut hadir. 

Ahad, 2 September 2012

SANTAI MERDEKA 2012

31 Ogos 2012 (Jumaat) - Program Santai Merdeka 2012 Kg. Saman telah diadakan seawal jam 8.00 pagi di Padang Kg. Saman. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik merdeka, pertandingan bola tampar dan kuiz merdeka untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Pertandingan Bola Tampar Wanita
Pertandingan Bola Tampar Lelaki
Senam Robik Merdeka